Join The Community

Friday, October 27, 2006

Tragedi tertinggal butang

Haih... kalau anda membeli butang baju melayu yang baru dan ianya adalah satu-satunya set butang baju melayu anda yang paling lengkap, janganlah tinggalkannya di rumah . Ini kerana jika anda hendak memakai baju melayu baru, anda pastinya perlu juga untuk menggunakan butang-butang tersebut. Jadi untuk mengelakkan anda dari memakai baju raya tahun lepas (itu pun kalau anda bawa lah ye - backup plan la katakan ;)), janganlah terlupa untuk membawa butang baju melayu tersebut bersama anda ke kampung halaman ye rakan-rakan.


adeh, terkene aku... dalam kesungguhan dan kekalutan nak gerak ke kampung mak aku kat bt9 kebun baru, aku telah tertinggal sesuatu yang amat penting untuk aku mengharungi hari raya pertama dengan rasa seronok dan amat best sekali iaitu...




butang


baju


melayu



dahle tu je yang aku ada...xpernah2 aku beli butang baju melayu, hehehe :D

sila perhatikan kedua-dua gambar di bawah:


Lama01_1




Jumaat, 20 Oktober 06

Lama02




Raya Pertama



Kan sama? :P

0 comments: