Join The Community

Saturday, January 27, 2007

do you still remember me?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Alaa demm jers.. DiGi gprs service is being an a$$ la tadi. I can't get reconnected after dat demm d/c.Maybe something wrong happened at that moment. I was about to say hi to xueyen (visit her site) .Man.. It's been a really long time i haven't chat with her,and several other peeps at deviantart. I really miss 'em so much,the old times,when i really feel that i'm connected to the community out there.Ahh memories...What will they say after the first hi?Whats the first question they will ask me?Were they still remember me?
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Oh well,i guess...just wait n see eh?

Tuesday, January 23, 2007

Sudah jatuh ditimpa tangga?heck,apape je la...

AMPANG;Isnin,22 Januari 2007: Sesuatu yang buruk telah berlaku kepada sebuah peralatan elektronik yang lahir pada tahun 2001 yang dinamakan Sewellentus Pengsanium AI 0.2:sebuah komputer peribadi yang tidak tahu keturunannya kerana telah diklonkan oleh syarikat pembekal komputer yang membekalkan komputer kepada sebuah syarikat carigali minyak. Sentus(Sewellentus) telah diserahkan atas belas ihsan kepada penulis oleh seorang sahabatnya pada penghujung 2002 dengan ucapan "Jagalah pc ni bebaik". Sejak hari tersebut, Sentus telah digunakan dengan sebaik yang mungkin. Telah banyak pengetahuan dan pengalaman yang berguna didapati penulis sepanjang 4 tahun menggunakan Sentus. Dari memahami cara memasang komponen-komponennya,kepada cara menjaga dan menghalang penyakit-penyakitnya, kepada membantu penulis menyelami dunia multimedia (sepanjang pengajian diploma aplikasi multimedia di Cosmopoint dan sehingga ke hari ini:semasa penulis sedang cuba menjinak-jinakkan diri dengan perisian 3D studio max),kepada mengenali rakan-rakan dan dunia baru melalui penggunaan internet (dari zaman mirc ke zaman icq ke zaman pm ke zaman online game ke zaman forum dan kini,blogging.
Pada hari ini, Sentus sudah tidak dapat digunakan lagi disebabkan kecuaian penulis. "Apalah penulis ni.. lain kali,hati-hatilah sikit masa pasang heatsink processor tu.Haa..kan dah terlajak mata screwdriver ke mobo..dah terputus litar kat atas mobo tu.." ujar penulis kepada diri penulis sendiri..
Setakat ini, cpu Sentus sedang terbengkalai di dalam bilik penulis yang berserabut (sama keadaannya dengan penulis yang sedang mencari pekerjaan dan sedang berada didalam situasi yang amat sangap serta sengkek yang dipakejkan sekali).
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Sebahagian daripada komponen-komponen luaran Sentus telah dipindahkan ke ruang tamu. Speaker Sonic Gear ego3 dan monitor hp p930 sekenhandnya telah disambungkan ke pemain DVD di mana ia dijadikan seperti sistem teater rumah berskala mini(padahal buat main dvd lagu mp3 je..).
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Dalam keadaan koma,Sentus hanya mampu berbunyi tiit...tiit...tiit... kerana RAM atau Processor atau mungkin juga kad grafiknya tidak dapat dikesan.
Penulis berharap untuk menghidupkan Sentus tetapi apa kan daya, dengan keadaan sekarang ni..belum ada harapan selagi penulis tiada kerja. Nasib malang? Apape je la...
Teks disediakan oleh: Muhd Faizullah B. Ramdani a.k.a zul a.k.a faizul a.k.a faiz a.k.a azeul a.k.a zoollah a.k.a ijoi a.k.a pejoi a.k.a ijul.. berapa panjang daa nama...
Medium: notes software. Platform: symbian os: s60 v2.0 running on Nokia 6600

Thursday, January 18, 2007

"apa critaaa?"

hmm... Mesti ada yg pelik, kenapa aku x update blog ni.sebenonye byk giler perkara menarik yg berlaku dalam masa 2 bulan ni,byk betul yg nk direncanakan tapi asyik tak kesampaian... Sampailah ke hari ni yg mana aku dah lebih 2 minggu berstatus penganggur semula.bwahaha! Mungkin ada yg tau result intebiu aku aritu. Aku xdpt jawatan F29 kat Kraftgn M'sia. Kontrak aku sbg project staff pun xdisambung...hmm.. dh xde rezeki kan,nk buat camane.... Mesti ada gak yg pelik,aphal la entry ni nmpak plain n mcm sms.sbbnya,aku tgh type pkai keypad nokia sabun aku ni.satu-7atu huruf kuar.jenuh nk perbetul.abaikan je la ahaha. Anywayz,blog ni cuma pingsan sebentar. Skrg aku tgh carik kje,sambil tu aku tlg mak aku nega nasik lemak kukus kt pasar kuala ampg ni.sesapa nk rasa,sila2kanla dtg bli.hehe k la korg,makin slow je typing speed tepon akunih. Calo duluuu huhuhu~