Join The Community

Tuesday, January 23, 2007

Sudah jatuh ditimpa tangga?heck,apape je la...

AMPANG;Isnin,22 Januari 2007: Sesuatu yang buruk telah berlaku kepada sebuah peralatan elektronik yang lahir pada tahun 2001 yang dinamakan Sewellentus Pengsanium AI 0.2:sebuah komputer peribadi yang tidak tahu keturunannya kerana telah diklonkan oleh syarikat pembekal komputer yang membekalkan komputer kepada sebuah syarikat carigali minyak. Sentus(Sewellentus) telah diserahkan atas belas ihsan kepada penulis oleh seorang sahabatnya pada penghujung 2002 dengan ucapan "Jagalah pc ni bebaik". Sejak hari tersebut, Sentus telah digunakan dengan sebaik yang mungkin. Telah banyak pengetahuan dan pengalaman yang berguna didapati penulis sepanjang 4 tahun menggunakan Sentus. Dari memahami cara memasang komponen-komponennya,kepada cara menjaga dan menghalang penyakit-penyakitnya, kepada membantu penulis menyelami dunia multimedia (sepanjang pengajian diploma aplikasi multimedia di Cosmopoint dan sehingga ke hari ini:semasa penulis sedang cuba menjinak-jinakkan diri dengan perisian 3D studio max),kepada mengenali rakan-rakan dan dunia baru melalui penggunaan internet (dari zaman mirc ke zaman icq ke zaman pm ke zaman online game ke zaman forum dan kini,blogging.
Pada hari ini, Sentus sudah tidak dapat digunakan lagi disebabkan kecuaian penulis. "Apalah penulis ni.. lain kali,hati-hatilah sikit masa pasang heatsink processor tu.Haa..kan dah terlajak mata screwdriver ke mobo..dah terputus litar kat atas mobo tu.." ujar penulis kepada diri penulis sendiri..
Setakat ini, cpu Sentus sedang terbengkalai di dalam bilik penulis yang berserabut (sama keadaannya dengan penulis yang sedang mencari pekerjaan dan sedang berada didalam situasi yang amat sangap serta sengkek yang dipakejkan sekali).
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Sebahagian daripada komponen-komponen luaran Sentus telah dipindahkan ke ruang tamu. Speaker Sonic Gear ego3 dan monitor hp p930 sekenhandnya telah disambungkan ke pemain DVD di mana ia dijadikan seperti sistem teater rumah berskala mini(padahal buat main dvd lagu mp3 je..).
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Dalam keadaan koma,Sentus hanya mampu berbunyi tiit...tiit...tiit... kerana RAM atau Processor atau mungkin juga kad grafiknya tidak dapat dikesan.
Penulis berharap untuk menghidupkan Sentus tetapi apa kan daya, dengan keadaan sekarang ni..belum ada harapan selagi penulis tiada kerja. Nasib malang? Apape je la...
Teks disediakan oleh: Muhd Faizullah B. Ramdani a.k.a zul a.k.a faizul a.k.a faiz a.k.a azeul a.k.a zoollah a.k.a ijoi a.k.a pejoi a.k.a ijul.. berapa panjang daa nama...
Medium: notes software. Platform: symbian os: s60 v2.0 running on Nokia 6600

0 comments: